Beberapa hari yang lalu di dalam akhbar , penduduk Kota Kuala Muda ,Kedah telah dikejutkan dengan kematian seorang pemuda yang telah meninggal dunia akibat terjatuh motor ketika melalui jalan bertar tapi kini telah berlubang-lubang sepanjang jalan di Kuala Sungai Muda hingga ke Pulau Sayak .jalan tar yang sentiasa dibaik pulih satu ketika dahulu selepas tragedi Tsunami di bawah pemerintahan Barisan Nasional tapi kini berlubang-lubang dan berlekuk berisi dengan batu dan pasir sahaja akibat tiada pemantauan dan penambahbaikan oleh kerajaan pemerintah kini yang mana ianya di bawah kawasan ADUN PAS PANTAI MERDEKA.Mana janji-janji mereka sebelum dan sewaktu pilihanraya Mac 2008 dahulu.